For PTPTN: (You need to sah these)
Borang you isi from ptptn website (dont need sah, just cetak out)
1) 3ICs=Yours and parent
2) SPM cert
3) STPM cert
4) Surat tawaran to U
5) Buku account
6) Sijil berhenti
7) Slip Gaji (or borang pengesahan for those without slip gaji)
8) Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00
Wanling said it's better to put sijil penyertaan too. I wonder why.
DETAILS:
i. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat
salinan pada muka surat yang sama)
ii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iii. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan
laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai
di IPT terbabit sahaja)
iv. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor
akaun)/Salinan Slip Deposit/Salinan Pengesahan nombor akaun
persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut
IPT masing-masing.
Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat
iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon.
(Dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di
Dokumen Tawaran pelajar salah)
v. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain.
Contoh: STPM/DIPLOMA/MATRIKULASI/IJAZAH SARJANA
MUDA/IJAZAH SARJANA (MASTER)
(Nota: Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang
mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum
menerima sijil dan transkrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa
pelajar telah menamatkan pengajian/layak dianugerahkan sijil)
vi. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan)/Salinan Borang
Cukai Pendapatan (Individu)/Salinan Kad Pesara/Salinan Pengesahan
Tidak Bekerja-IBU BAPA/PENJAGA/PEMOHON/PASANGAN
PEMOHON
vii. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa kandung sebagai
penjamin
viii. Salinan Sijil Kematian/Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu/bapa kandung
telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan
ix. Salinan Surat Pengesahan/Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat/Pusat Zakat/sekiranya pemohon/ibu bapa kandung/penjaga
merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan
x. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan
di Pejabat Pos.